Wednesday, January 25, 2012
Monday, January 16, 2012
Luahan hati...
Pergi ke penang, keja kilang balik dan tinggalkan suami aku disini. Aku tak tahu sama ada tindakan aku ni betul atau tak. Walaupun suami aku redha dan tak banyak soal tp sebenar benarnya hati aku rasa berat nak tinggalkan dia. Bila fikir keadaan mcm ni yang harus kami tempuhi, aku betul2 rasa nak nangis!
Tapi sampai bila nak hidup dalam keadaan mcm ni, kalau dua2 masih taknak berganjak sikit pun untuk berusaha mengubah nasib..sampai ketua la hidup aku kais pg mkn pg, kais petang mkn petang... Lg pun aku tak selesa disini, dunia aku bukan disini.
Aku dah biasa berdikari, dulu sebelum kawin semuanya aku buat sendiri...aku dah biasa. Tp disini pergerakkan ku terbatas, nak kesana kemari pun susah..semua kena harap suami aku. Aku mcm patah kaki kat sini.. Aku tak suka! Tak suka menyusahkan org, tak suka jadi beban pada org...lg2 yg tak ikhlas. Aku pun tak suka kalau setiap apa aku buat jd persoalan pada org lain, padahal suami aku ok ja...org lain pulak lebih sudu dr kuah. Aku tak suka org masuk campur dan memantau segala urusan rumah tangga aku.
Disebabkan banyak perkara aku tak suka disini, biarlah aku pergi mencari ketenangan dgn cara aku sendiri. Biarlah org nak ckp apa, org tak alami apa yang aku alami. Semuanya aku serah pada Allah...niat aku betul atau tak..biar Dia saja yang menilainya.
Abang, ayg buat ni semua untuk kita...pergorbanan ni sementara je. Harap abg besabar ye..dan berilah sokongan pada ayg..i really needed.
Posted by Chobbit Space at 10:47 PM 0 comments
Saturday, January 7, 2012
Suami or Isteri Siapa Yang Lebih Banyak Bekerja???
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.
Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih BANYAK BEKERJA?? Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah SANGAT PENTING!!!!!
Posted by Chobbit Space at 10:41 PM 0 comments
Thursday, January 5, 2012
Budak OOoo...
Posted by Chobbit Space at 11:03 PM 0 comments
Saturday, December 31, 2011
HaPPy NeW YeaR 2012
Posted by Chobbit Space at 11:01 PM 0 comments
Friday, December 30, 2011
Posted by Chobbit Space at 1:30 AM 0 comments
Thursday, December 29, 2011
Dia pergi dijemput Ilahi...
Posted by Chobbit Space at 7:22 AM 0 comments
Friday, November 18, 2011
1 bln lebih jadi jururawat peribadi...
Posted by Chobbit Space at 9:08 PM 0 comments
Berabad lamanya...
So what should i story...married life? Hmm...kalau nak cerita mau satu buku novel pun tak habis.. Apa yang boleh aku cakap tak semua benda yg kita fikir akan terjadi, tak semua benda yang kita nak kita boleh dapat.
Posted by Chobbit Space at 2:30 AM 0 comments
Friday, January 28, 2011
Ada faedah ke???
Lama toi aku tak updated bloq..perlukah..aku bkn ada peminat pun yg rajin nak baca blog aku..so apa ke paedahnya aku berblogger ni??? Just ikut nak ikut tren..tgk org lain ada aku pun nak jugak..tp tak tahu apa yg aku nak kongsikan selain dr my life story...ada ke minat nak ambik tahu?? hmm..who knows..
Lappy aku still tak recover lg..malas nak bwh g format kat kedai..dah tu wayer charger pun dah rosak, nak kena beli yg baru...berapa plak la nak kena tu...aahh! pening bila takdak duit kat tangan ni.
Posted by Chobbit Space at 5:51 AM 0 comments
Friday, December 31, 2010
Friday, December 17, 2010
10 ALASAN MENGAPA GADIS SUKAR KETEMU LELAKI PILIHAN
Posted by Chobbit Space at 2:23 AM 0 comments
Thursday, December 16, 2010
BATUK! BATUK! BATUK!!!
Posted by Chobbit Space at 3:52 PM 0 comments
Monday, December 13, 2010
Susahnya kalau tak kerja..
Memang aku rasa susah bila tak keja ni, duit tak dak dalam tangan nak beli apa pun payah..nak g mana pun susah..nak kena tebal muka lak minta kat org. Bila kena minta kat org ni la aku paling tak suka...
Bukan aku taknak keja, tapi aku mmng tak boleh nak keja sbb nak kena jaga bapak aku. Kalau aku tak mau jaga..sapa lg..sanggup ka adk2 aku yg lain behenti keja dan dok terperap kat umah mcm aku ni. Maybe tgk mcm senang la..tp yg memberontak dalam hati Allah ja tahu..lagi2 dah nak dekat kawin ni.
Kawin..hmm..entah la..pendek kata kalau tak dak duit jangan la kawin..serius! Mcm2 hal leh jadi kalau kawin takdak duit ni..even kalau ada adk bradik yang kata nak tolong pun...boleh dengar je la.. Last2 aku yg kena balik..yang kesian bapak ngan mak aku la banyak nak kena spent duit.
Sometime bila dalam keadaan terdesak ni adk2 or saudara mara kita la yang kita harapkan...but in my case.. everything turn difrent..and its not suprises for me. Alhamdulillah aku ada lg kawan2 yang masih tak berkira dengan aku.. Betul la dengan apa yang aku percaya selama ni. " Minta tolong dengan kawan lagi mudah dari mintak tolong dengan adk beradik sendiri".
Bukan aku yang nak sangat kawin..depa yang suruh. Kononnya taknak bg bpk aku terkilan. Kesian kat bpk aku sbb anak dia tak kawin lg. Tapi bila time dah makin dekat, duit pun nak pakai banyak.. Ada plak yang sound aku suruh sedar diri..tak keja buat cara tak keja..buat ala kadar cukup. Hantu betoi.. aku ka yang cadang semua tu..dr plan nak panggil 500 org p tambah 1000 org..aku jugak ka yg cadang? dr nak bg telur dlm kotak..tp depa nak goodie bag, siap nak boh bunga teluq, coklat, baulu la segala..salah aku ka? Aku tak mintak pun semua tu..diorg yang nak..tp last2 dok kata blakang aku lak.
Senang crita, aku lari tinggal semua..baru ada akal sekoq2..mcm aku nak sangat. Kalau tak pasal bpk aku ngan adk aku...tak pasal2 la aku nak korbankan dr aku. Sampai aku rasa mcm aku ni dah jadi beban kat semua org...gosh!!!
Posted by Chobbit Space at 8:44 PM 0 comments
Saturday, December 4, 2010
MAKE UP MATA
Posted by Chobbit Space at 2:42 AM 0 comments
Friday, December 3, 2010
TENSION TAHAP GABAN!!!
28 hari ja lagi tinggal..semakin hr semakin tension ja..sungguh menekan sampai aku rasa nak lari ja dok kat pulau mana2..tinggal semua yang dok bg serabut kepala aku...seruis aku rasa mcm nak batalkan saja ja wedding ni..
Dan paling menyakitkan hati bila sepatutnya aku berada dalam keadaan tenang dan berfikiran positif sebagai bakai pengantin kononnya la kan.. ada ja yang bg masalah kiri kanan depan belakang. Mana ngan kerenah mak ngan bpk aku, ngan adk2 aku, ngan bf aku pun sama..malah ngan adk bradik aku semua dok wat bg aku jd gila!!!
Aku dah sampai taktau nak ngandu kat sapa lg...kalau aku mengadu pun ada ka depa nak paham ada ka yg sudi nak mendengar. Aku dah kehilangan satu2nya pendengar dan penasihat aku yang paling baik..i really wish his here right now, tp nak wat mcm mana..it imposible for me to meet him again :'( Married..did it make a wrong dicision??? Ya Allah kasihanilah hamba Mu ini.. :'( Aku perlukan tempat untuk mencari ketenangan..
Posted by Chobbit Space at 4:13 PM 0 comments
Monday, November 29, 2010
Sunday, November 28, 2010
CARA MAKE UP SMOKEY EYES
Posted by Chobbit Space at 11:04 PM 0 comments
Saturday, November 27, 2010
PUNDHU...
Aku pun tak pasti tentang jantina dia hahahaha~
Posted by Chobbit Space at 8:55 PM 0 comments
AISKRIM BISKUT CREMO STRAWBERRY
Hari ni bosan yang amat2 sangat..ingat nak g tgk wayang ( i want to see rapunzel)
tp sapa lak nak tgk bpk aku..hmm..nasib aku la..
So tgh dok layan internet saja2 la cari resepi yg best2 sket..
Almaklumlah aku kan nak kawin so start from now la aku nak kena
cuba blajar masak apa2 yang sesuai..masakan melayu of course.
Tp aku ni kalau dah buka laman resepi..first perkataan yg aku cari DESERT!!!
Hahaha nak buat macam mana aku mmng suka benda manis2 ni..
Ada la aku ambik beberapa resepi puding dan kek...then aku ternampak resepi buat aiskrim senang.
Aiskrim??? Wow..tgk pada bahan2 senang je..aku apa lg, lari la ke dapur ngan peti sejuk.
Benda 2 yg aku perlukan ada so apa lagi..mula la aku memproses..keluar segala mangkuk, cawan ngan mesin blender. Ok kat bawah ni aku ada sediakan resepi pada korang yang nak cuba.
Resepi Aiskrin ni aku olah ikut pada apa yg ada kat umah time tu so dah jd lain dr resepi yg aku copy. (Sepatutnya aiskrim coklat oreo)
BAHAN2NYA :
2 cawan susu HL
2 cawan COFFE MATE
5 sudu besar GULA
1 penutup VANILA ASEN
5 keping biskut CREMO CREAME AND STRAWBERRY FLAVOR JEM (hancurkan)
CARA2NYA;
Masukkan semua bahan2 diatas kedalam blender.
Putar sampai 5minit
Masukkan dalam bekas, mangkuk or tupperware dan masukkan dlm freeze 4 jam.
Lepas dah beku..blender lg sekali sampai gebu.
Then masukan balik dlm freeze..untuk dibekukan semula
Dah boleh dimakan bila2 masa korang nak.
Senangkan :)
Hasilnya tersangat2 la sedap..untuk yg gila ais krim mcm aku cara mcm ni boleh savekan budget korang.
Posted by Chobbit Space at 12:57 AM 0 comments
































