BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 31, 2011

HaPPy NeW YeaR 2012

Tahun 2012 dah tiba...yup another year come so fast. Rasanya tahun 2011 aku tak sempat nak buat apa2 pun selain status aku bertukar menjadi Isteri pada Mohd Salleh Mohd Sani dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, that it nothing else.
Only Allah saja tahu banyaknya impian yang aku simpan tahun lalu, tapi tak satu pun dapat aku gapai event melangkah setapak pun. Sebabnya terlalu banyak halangan, dugaan, cabaran yang aku tempuh pada tahun 2011 ni. Banyak jugak perkara baik dan yg tak berapa baik dah belaku pada tahun 2011.
Apa yang dah belaku telah belaku, apa yang dah terjadi pun dah terjadi...biarlah, semuanya dah berlalu. Tahun yang baru ni aku harap tahun yang baik buat aku, insyaAllah dengan izin dari-Nya, aku akan cuba capai apa yang aku inginkan dengan usaha, doa dan tawakal. Aku nak jadi seorang yang lebih baik dr sebelum2 ni, nak jadi isteri, anak, kakak, makcik, kawan dan saudara yg 
the BEST!!!
 INSYAALAH...



Friday, December 30, 2011

Lepas 3 hari bapa kesayangan ku pergi..aku, mak, ayu dan her bf mus..balik kampung kat perlis. Mak ada nak urusan sket hal berkenaan keja dia dan aku ikut sbb nak tenang2kan fikiran dan kesedihan. Pic kat bawah ni diambil dibelakang umah paklang sabri aku kat Kg. Paya Poh Gembol(terbaik punya nama hehe), Beseri, Perlis..dulu masa kecik2 kat sini la aku selalu bermain...= )

Hijaunya...tenang mata yg memandang kan?

suka la tu..hehe

wah nice view...

org bandar yg jumpa sawah padi...

posing...jgn tak posing..

 padi dah bunting...

Thursday, December 29, 2011

Dia pergi dijemput Ilahi...

Pada tarikh 22hb Disember 2011 pukul 10.40 mlm ayahku yang ku kasihi telah pergi dijemput Ilahi. Terketar aku menerima berita ni, sepanjang perjalanan aku dr pahang nak ke penang, tak henti2 aku nangis...sampai letih dan tertdo. Aku kesal tak sempat minta maaf dan ampun dekat arwah dan yg paling aku kesal aku takde disisinya disaat2 akhir..mujur la mak aku ada bersamanya ketika tu.
Sepanjang perjalanan aku terbanyangkan saat2 aku bersamanya, dan yang paling lekat diingatan adalah disaat aku menjaganya ketika dia sakit dan tak berdaya. Tp aku bersyukur, kesengsaraan bapak aku dah berakhir. Walaupun berat nak aku hadapi pemergiannya tapi aku redha...Allah lebih menyayanginya, cuma disaat ini aku rasa kehilangan yg amat sangat. Rasa lain bila berada dirumah tak dengar suara dia memanggil aku buat ana..ana..? ana..ana...? Ana bt air kat bpk.. Ana..bwk p bilik ayaq..nak berak ni.. Ni bwh(lampin org tua) dah penuh ni... Lapaq la..ada apa2 tak.. Ya Allah rindunya aku nak dengar tu semua...
Ya Allah kau ampunilah dosa2 bapaku...luaskan la tempat tidurnya..cerahkan la kamar beradunya...dan tempatkan lah dia di tempat hamba2Mu yang Engkau kehendaki..
Aamin Ya Rabbal Alamin.. 

Friday, November 18, 2011

1 bln lebih jadi jururawat peribadi...

Dah sebulan 17 hari aku kat perlis, tujuannya sbb nak jaga bapak aku yang dah semakin teruk tahap kesihatannya. Teruk juga jaga bpk aku kali ni, hampir semua keaddannya perlukan sokongan even basuh kencing dan beraknya. Penat tu hanya Allah ja yang tahu, kadang2 bila mai nyanyuk bpk aku terpaksa la menadah telinga melayan benda merapu dia dok ckp. Boleh kata mcm2 hal la..jaga baby baru lahir rasanya lagi senang. Tapi tu la sebagai anak...kena la banyak besabar. Aku pun fikir nasib baik juga Allah masih nak beri aku peluang untuk berbakti pada ayah aku selagi hayat dia masih ada.
Hari ni aku dah nak balik dah...lama tu aku kat sini..mana blh tinggal laki aku lama2. Kalau blh mmng aku tak nak balik hehe...yeah i'm happy here...rumah aku kan. 

Berabad lamanya...

Waahhh!!! Lamanya aku tak updated blog aku ni...since aku kawinkan..mau nak setahun dah. Aku ingat dah tak nak layan dah benda2 ni semua tapi hari ni tetiba 'terbuka' lak blog ni..konon hehe. 

So what should i story...married life? Hmm...kalau nak cerita mau satu buku novel pun tak habis.. Apa yang boleh aku cakap tak semua benda yg kita fikir akan terjadi, tak semua benda yang kita nak kita boleh dapat.
Semuanya luar dari imaginasi... Entah lah nak cerita bab rumahtangga ni...ada org menganggap 'taboo' tak blh nak open sgt sbb mengaitkan maruah org lain... Well kalau benda yang baik maybe dialu alukan kot.. Aghh tak tau lah..
Apa yang aku boleh kata..kalau korang anak org bandar, suka kehidupan urban anda, suka berfesyen, makan yg sempoi2, berkahwin dan hidup dgn budak kampung yg keja pun dikampung...i dont thing its a good choice. Apapun lain org lain pengalamannya...tp bg aku..hidup dikampung, tanpa kerja, tanpa kenal sesiapa pun, takdak tempat nak hangout...takdak western or italian food...boleh  bt aku gilaaa!!!

Friday, January 28, 2011

Ada faedah ke???

Lama toi aku tak updated bloq..perlukah..aku bkn ada peminat pun yg rajin nak baca blog aku..so apa ke paedahnya aku berblogger ni??? Just ikut nak ikut tren..tgk org lain ada aku pun nak jugak..tp tak tahu apa yg aku nak kongsikan selain dr my life story...ada ke minat nak ambik tahu?? hmm..who knows..

Lappy aku still tak recover lg..malas nak bwh g format kat kedai..dah tu wayer charger pun dah rosak, nak kena beli yg baru...berapa plak la nak kena tu...aahh! pening bila takdak duit kat tangan ni.