BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, December 31, 2011

HaPPy NeW YeaR 2012

Tahun 2012 dah tiba...yup another year come so fast. Rasanya tahun 2011 aku tak sempat nak buat apa2 pun selain status aku bertukar menjadi Isteri pada Mohd Salleh Mohd Sani dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, that it nothing else.
Only Allah saja tahu banyaknya impian yang aku simpan tahun lalu, tapi tak satu pun dapat aku gapai event melangkah setapak pun. Sebabnya terlalu banyak halangan, dugaan, cabaran yang aku tempuh pada tahun 2011 ni. Banyak jugak perkara baik dan yg tak berapa baik dah belaku pada tahun 2011.
Apa yang dah belaku telah belaku, apa yang dah terjadi pun dah terjadi...biarlah, semuanya dah berlalu. Tahun yang baru ni aku harap tahun yang baik buat aku, insyaAllah dengan izin dari-Nya, aku akan cuba capai apa yang aku inginkan dengan usaha, doa dan tawakal. Aku nak jadi seorang yang lebih baik dr sebelum2 ni, nak jadi isteri, anak, kakak, makcik, kawan dan saudara yg 
the BEST!!!
 INSYAALAH...



Friday, December 30, 2011

Lepas 3 hari bapa kesayangan ku pergi..aku, mak, ayu dan her bf mus..balik kampung kat perlis. Mak ada nak urusan sket hal berkenaan keja dia dan aku ikut sbb nak tenang2kan fikiran dan kesedihan. Pic kat bawah ni diambil dibelakang umah paklang sabri aku kat Kg. Paya Poh Gembol(terbaik punya nama hehe), Beseri, Perlis..dulu masa kecik2 kat sini la aku selalu bermain...= )

Hijaunya...tenang mata yg memandang kan?

suka la tu..hehe

wah nice view...

org bandar yg jumpa sawah padi...

posing...jgn tak posing..

 padi dah bunting...

Thursday, December 29, 2011

Dia pergi dijemput Ilahi...

Pada tarikh 22hb Disember 2011 pukul 10.40 mlm ayahku yang ku kasihi telah pergi dijemput Ilahi. Terketar aku menerima berita ni, sepanjang perjalanan aku dr pahang nak ke penang, tak henti2 aku nangis...sampai letih dan tertdo. Aku kesal tak sempat minta maaf dan ampun dekat arwah dan yg paling aku kesal aku takde disisinya disaat2 akhir..mujur la mak aku ada bersamanya ketika tu.
Sepanjang perjalanan aku terbanyangkan saat2 aku bersamanya, dan yang paling lekat diingatan adalah disaat aku menjaganya ketika dia sakit dan tak berdaya. Tp aku bersyukur, kesengsaraan bapak aku dah berakhir. Walaupun berat nak aku hadapi pemergiannya tapi aku redha...Allah lebih menyayanginya, cuma disaat ini aku rasa kehilangan yg amat sangat. Rasa lain bila berada dirumah tak dengar suara dia memanggil aku buat ana..ana..? ana..ana...? Ana bt air kat bpk.. Ana..bwk p bilik ayaq..nak berak ni.. Ni bwh(lampin org tua) dah penuh ni... Lapaq la..ada apa2 tak.. Ya Allah rindunya aku nak dengar tu semua...
Ya Allah kau ampunilah dosa2 bapaku...luaskan la tempat tidurnya..cerahkan la kamar beradunya...dan tempatkan lah dia di tempat hamba2Mu yang Engkau kehendaki..
Aamin Ya Rabbal Alamin..