BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 29, 2011

Dia pergi dijemput Ilahi...

Pada tarikh 22hb Disember 2011 pukul 10.40 mlm ayahku yang ku kasihi telah pergi dijemput Ilahi. Terketar aku menerima berita ni, sepanjang perjalanan aku dr pahang nak ke penang, tak henti2 aku nangis...sampai letih dan tertdo. Aku kesal tak sempat minta maaf dan ampun dekat arwah dan yg paling aku kesal aku takde disisinya disaat2 akhir..mujur la mak aku ada bersamanya ketika tu.
Sepanjang perjalanan aku terbanyangkan saat2 aku bersamanya, dan yang paling lekat diingatan adalah disaat aku menjaganya ketika dia sakit dan tak berdaya. Tp aku bersyukur, kesengsaraan bapak aku dah berakhir. Walaupun berat nak aku hadapi pemergiannya tapi aku redha...Allah lebih menyayanginya, cuma disaat ini aku rasa kehilangan yg amat sangat. Rasa lain bila berada dirumah tak dengar suara dia memanggil aku buat ana..ana..? ana..ana...? Ana bt air kat bpk.. Ana..bwk p bilik ayaq..nak berak ni.. Ni bwh(lampin org tua) dah penuh ni... Lapaq la..ada apa2 tak.. Ya Allah rindunya aku nak dengar tu semua...
Ya Allah kau ampunilah dosa2 bapaku...luaskan la tempat tidurnya..cerahkan la kamar beradunya...dan tempatkan lah dia di tempat hamba2Mu yang Engkau kehendaki..
Aamin Ya Rabbal Alamin.. 

0 comments: