BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 25, 2012

Soal Hati Remaja - Patutkah Berkahwin Awal

Soal Hati Remaja - Patutkah Berkahwin Awal

Monday, January 16, 2012

Luahan hati...

Pergi ke penang, keja kilang balik dan tinggalkan suami aku disini. Aku tak tahu sama ada tindakan aku ni betul atau tak. Walaupun suami aku redha dan tak banyak soal tp sebenar benarnya hati aku rasa berat nak tinggalkan dia. Bila fikir keadaan mcm ni yang harus kami tempuhi, aku betul2 rasa nak nangis!
Tapi sampai bila nak hidup dalam keadaan mcm ni, kalau dua2 masih taknak berganjak sikit pun untuk berusaha mengubah nasib..sampai ketua la hidup aku kais pg mkn pg, kais petang mkn petang... Lg pun aku tak selesa disini, dunia aku bukan disini.
Aku dah biasa berdikari, dulu sebelum kawin semuanya aku buat sendiri...aku dah biasa. Tp disini pergerakkan ku terbatas, nak kesana kemari pun susah..semua kena harap suami aku. Aku mcm patah kaki kat sini.. Aku tak suka! Tak suka menyusahkan org, tak suka jadi beban pada org...lg2 yg tak ikhlas. Aku pun tak suka kalau setiap apa aku buat jd persoalan pada org lain, padahal suami aku ok ja...org lain pulak lebih sudu dr kuah. Aku tak suka org masuk campur dan memantau segala urusan rumah tangga aku.
Disebabkan banyak perkara aku tak suka disini, biarlah aku pergi mencari ketenangan dgn cara aku sendiri. Biarlah org nak ckp apa, org tak alami apa yang aku alami. Semuanya aku serah pada Allah...niat aku betul atau tak..biar Dia saja yang menilainya.
Abang, ayg buat ni semua untuk kita...pergorbanan ni sementara je. Harap abg besabar ye..dan berilah sokongan pada ayg..i really needed.

Saturday, January 7, 2012

Suami or Isteri Siapa Yang Lebih Banyak Bekerja???

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih BANYAK BEKERJA?? Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah SANGAT PENTING!!!!!

Thursday, January 5, 2012

Budak OOoo...

Dialah permata dan penyeri hidup keluargaku...Nur Khalish Fatiah, anak adik ketiga aku Suhaiza. Skrg masa aku post entry ni khalish dah 3 bulan dah..so cute, pandai sembang tau...yang buat aku paling geram sangat2 pipi dia..adoi mcm nak gigit2, kalau tak cubit mmng tak sah hehe. Dan khalish kalau time sembang suka sgt sebut OOoo..OOoo.. hehe. Sampai lekat nama O!