BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 16, 2010

BATUK! BATUK! BATUK!!!

Lagi brapa hari ja ni...batuk makin menjadi jadi..adoi..howcome maa...
Aku ngan bpk aku sama naik ..but yg paling worst bapak aku..kesian kat dia
dah la lung tu 20% je ok..batuk ni buat dia lg teruk. Aku ni sampai tak tau nak bg bpk 
aku mkn apa dah..pedas tak boleh, ais tak boleh..minyak lg la tak boleh..hmm buntu terus otak aku.
Harap dalam dua tiga hari ni ok la..next week mesti busy gila..semoga semuanya berjalan dengan lancar hendaknya.. no more drama...kalau ada pun aku kena banyak bersabar ja la...dah tak larat nak emo2 ni.
Maybe need to create a plastic smile..huhu~

Monday, December 13, 2010

Susahnya kalau tak kerja..

Memang aku rasa susah bila tak keja ni, duit tak dak dalam tangan nak beli apa pun payah..nak g mana pun susah..nak kena tebal muka lak minta kat org. Bila kena minta kat org ni la aku paling tak suka...

Bukan aku taknak keja, tapi aku mmng tak boleh nak keja sbb nak kena jaga bapak aku. Kalau aku tak mau jaga..sapa lg..sanggup ka adk2 aku yg lain behenti keja dan dok terperap kat umah mcm aku ni. Maybe tgk mcm senang la..tp yg memberontak dalam hati Allah ja tahu..lagi2 dah nak dekat kawin ni.

Kawin..hmm..entah la..pendek kata kalau tak dak duit jangan la kawin..serius! Mcm2 hal leh jadi kalau kawin takdak duit ni..even kalau ada adk bradik yang kata nak tolong pun...boleh dengar je la.. Last2 aku yg kena balik..yang kesian bapak ngan mak aku la banyak nak kena spent duit.

Sometime bila dalam keadaan terdesak ni adk2 or saudara mara kita la yang kita harapkan...but in my case.. everything turn difrent..and its not suprises for me. Alhamdulillah aku ada lg kawan2 yang masih tak berkira dengan aku.. Betul la dengan apa yang aku percaya selama ni. " Minta tolong dengan kawan lagi mudah dari mintak tolong dengan adk beradik sendiri".

Bukan aku yang nak sangat kawin..depa yang suruh. Kononnya taknak bg bpk aku terkilan. Kesian kat bpk aku sbb anak dia tak kawin lg. Tapi bila time dah makin dekat, duit pun nak pakai banyak.. Ada plak yang sound aku suruh sedar diri..tak keja buat cara tak keja..buat ala kadar cukup. Hantu betoi.. aku ka yang cadang semua tu..dr plan nak panggil 500 org p tambah 1000 org..aku jugak ka yg cadang? dr nak bg telur dlm kotak..tp depa nak goodie bag, siap nak boh bunga teluq, coklat, baulu la segala..salah aku ka? Aku tak mintak pun semua tu..diorg yang nak..tp last2 dok kata blakang aku lak.

Senang crita, aku lari tinggal semua..baru ada akal sekoq2..mcm aku nak sangat. Kalau tak pasal bpk aku ngan adk aku...tak pasal2 la aku nak korbankan dr aku. Sampai aku rasa mcm aku ni dah jadi beban kat semua org...gosh!!!

Saturday, December 4, 2010

MAKE UP MATA

MAKE UP sebenarnya bukan perkara yang mudah..ianya memerlukan minat, skill dan bakat. Orang yang tak tahu matching and blend warna dgn baik memang tak dapat menghasilkan tarikan yang menarik terutamanya pada bahagian mata. Mata adalah aset yang terpenting dalam proses merubah wajah seseorang..mata yang kecil dan sepet boleh nampak besar dan bulat sekaligus wajah seseorang akan nampak comel. 
Penggunaan warna yang tepat juga amat dititik beratkan untuk disesuaikan dengan suasana dan majlis. Biasanya untuk majlis2 dinner or show, warna2 garang. gelap dan teknik make up yang over biasanya digunakan contohnya teknik SMOKEY EYES. Kalau untuk bersantai atau hendak bershopping digalakkan penggunaan yang agak lembut supaya menampakan hasil NATURAL. Untuk teknik yang DRAMATIK warna-warna yang selalu digunakan  adalah seperti bronze dan gold dalam bentuk shimerring..maknanya eye shadow yang ada glitter dan berkilat. Ditambahkan lagi dengan penggunaan eye liner dan bulu mata palsu...mata anda akan nampak lebih ..WOW! 
Apapun teknik make up yang korang gunakan mestilah menggunakan warna yang sesuai dengan pakaian yang korang pakai. 
warna seperti bronze, gold dan brown digunakan..so arabian..

shemering eye shadow..dan warna yg digunakan grey dr pelbagai ton dan black.

Sangan suka dgn teknik ni senang tp cantik, pink dan grey..

For natural look..warna cream, light yellow dan pink sgt sesuai untuk org yg bkulit cerah..

DRAMATIK eye..agak susah nak blend banyak warna digunakan..





Friday, December 3, 2010

TENSION TAHAP GABAN!!!

28 hari ja lagi tinggal..semakin hr semakin tension ja..sungguh menekan sampai aku rasa nak lari ja dok kat pulau mana2..tinggal semua yang dok bg serabut kepala aku...seruis aku rasa mcm nak batalkan saja ja wedding ni..
Dan paling menyakitkan hati bila sepatutnya aku berada dalam keadaan tenang dan berfikiran positif sebagai bakai pengantin kononnya la kan.. ada ja yang bg masalah kiri kanan depan belakang. Mana ngan kerenah mak ngan bpk aku, ngan adk2 aku, ngan bf aku pun sama..malah ngan adk bradik aku semua dok wat bg aku jd gila!!!
Aku dah sampai taktau nak ngandu kat sapa lg...kalau aku mengadu pun ada ka depa nak paham ada ka yg sudi nak mendengar. Aku dah kehilangan satu2nya pendengar dan penasihat aku yang paling baik..i really wish his here right now, tp nak wat mcm mana..it imposible for me to meet him again :'( Married..did it make a wrong dicision??? Ya Allah kasihanilah hamba Mu ini.. :'( Aku perlukan tempat untuk mencari ketenangan..



Monday, November 29, 2010

DAMON & ELENA WALLPAPER







Sunday, November 28, 2010

CARA MAKE UP SMOKEY EYES

Salah satu hobi aku ialah...AKU SUKA MAKE UP!!! Yes i like make up my face..
Kat sini aku attact video cara2 nak make up pada korang yg minat nak tahu macam mana nak buat smokey eyes..
Make up smokey eyes sesuai untuk dinner, buat show or for wedding also..

Saturday, November 27, 2010

PUNDHU...

Ok kali ni aku nak kenalkan korang dengan PUNDHU... Sapa pundhu ni??? Apa kebendanya..??? Well after korang tgk pic kat bwh ni korang dah boleh tau apa tu PUNDHU kan. PUNDHU patung beruang panda yang menjadi kegilaan adk bongsu aku..kemana saja pergi aku akn dgr PUNDHU...PUNDHU...PUNDHU!!! Makan, tdo, jln2..semua kena bwk pundhu. Kadang2 dgn PUNDHU pun boleh diajak berbual. Macam PUNDHU tu mcm dah jadi 'benda hidup' dlm family aku. Kalau la PUNDHU tu boleh cakap entah2 lari kot semua hahaha~

Ni PUNDHU dan Tuan dia AYU...

Sibuk ja PUNDHU ni =p

Dengan kawan baiknya ABY..(tuan aby ni adk aku no 3 SU)

Dlm keta..nak g mana pun nak ikut gak PUNDHU ni..

Dlm perjalanan nak balik penang dari jengka...wah!!!jauhnya PUNDHU berjalan..

Bru sampai chalet..sgt keletihan PUNDHU dah K.O ngan Appa hahaha

Hah!!! Rupa PUNDHU yg terkezut sbb mak dukung dia...hahaha

Kesian PHUNDHU kena tinggal dlm keta.. =(

PUNDHU kat hostel UITM Jengka..wah PUNDHU dah masuk universiti la..


Kecomelan PUNDHU menjadi idola kat kwn2 AYU..

PUNDHU yang perihatin..jenguk appa kat hospital..huhu good girl..girl???

Aku pun tak pasti tentang jantina dia hahahaha~

AISKRIM BISKUT CREMO STRAWBERRY

Hari ni bosan yang amat2 sangat..ingat nak g tgk wayang ( i want to see rapunzel)
tp sapa lak nak tgk bpk aku..hmm..nasib aku la..
So tgh dok layan internet saja2 la cari resepi yg best2 sket..
Almaklumlah aku kan nak kawin so start from now la aku nak kena
cuba blajar masak apa2 yang sesuai..masakan melayu of course.
Tp aku ni kalau dah buka laman resepi..first perkataan yg aku cari DESERT!!!
Hahaha nak buat macam mana aku mmng suka benda manis2 ni..
Ada la aku ambik beberapa resepi puding dan kek...then aku ternampak resepi buat aiskrim senang.
Aiskrim??? Wow..tgk pada bahan2 senang je..aku apa lg, lari la ke dapur ngan peti sejuk.
Benda 2 yg aku perlukan ada so apa lagi..mula la aku memproses..keluar segala mangkuk, cawan ngan mesin blender. Ok kat bawah ni aku ada sediakan resepi pada korang yang nak cuba.


Resepi Aiskrin ni aku olah ikut pada apa yg ada kat umah time tu so dah jd lain dr resepi yg aku copy. (Sepatutnya aiskrim coklat oreo)


BAHAN2NYA :


2 cawan susu HL
2 cawan COFFE MATE
5 sudu besar GULA
1 penutup VANILA ASEN
5 keping biskut CREMO CREAME AND STRAWBERRY FLAVOR JEM (hancurkan)


CARA2NYA;


Masukkan semua bahan2 diatas kedalam blender.
Putar sampai 5minit
Masukkan dalam bekas, mangkuk or tupperware dan masukkan dlm freeze 4 jam.
Lepas dah beku..blender lg sekali sampai gebu.
Then masukan balik dlm freeze..untuk dibekukan semula
Dah boleh dimakan bila2 masa korang nak.


Senangkan :)


Hasilnya tersangat2 la sedap..untuk yg gila ais krim mcm aku cara mcm ni boleh savekan budget korang.







Monday, November 22, 2010

TOP 5 HOT MALE ACTOR

Kelima lima pelakon lelaki kat bawah ni aku pilih bases on my taste k..


SALMAN KHAN - Hahaha sapa tak kenal kan..aku mmng minat dia dr dia muda sampai la ni dia dah tua..sbb still hemsem lagi..


TAKUYA KIMURA - Pada peminat drama jepun mesti kenai mamat ni punya. Anak emas dlm industri hiburan tokyo...hampir semua cd drama lakonan dia aku dah beli..juat name it! Super hensem and talented person..


TARABAS - Nama betul dia aku tak tau..tp kepada peminat movie bsiri the caves of the golden roses mesti kenai punya lah. Muka yg ganas..tp truly hemsem beb..


JUAN ALFONSO BABTISTA (GATO) - Yg ni betul2 full package..hot! hot!hot! Korang tak kenal ke? Ala yg belakon dalan Passion de Gavilanes tu sebagai watak oscar tu..first time tgk terus jatuh cinta huhu :p


IAN SOMERHALDER - My new fav..belakon dalam drama Vampire diaries as a Damon Salvator. Mata dia..my gosh..menangkap giler...and super hemsem too hehe..

YG KORANG PERLU TAHU PASAL AKU...


1. Sikap aku tak tentu..ikut pada keadaan dan sapa yg ada time tu ngan aku..tp kebanyakkannya aku serius dan pada yg tak kenal aku selalu kata aku sombong..lantak lah!

2. Aku jujur ngan dr aku then aku jujur ngan org..aku TAK SUKA JD HIPOKRIT..kalau cantik aku kata cantik, kalau  tak aku diam ja..

3. Aku tak main ar nak bodek2 semua..eee..tak reti!!!

4. Suara aku kadang2 boleh sampai hight volume bila xcited sgt bercerita atau tgh hot cuba mendefentkan dr..

5. Aku SUKA MAKE UP...that for sure.

6. Suka pakai bj lawa2 ikut taste aku sendiri..tak suka ikut org sgt.

7. SUKA MAKAN hahaha...DESERT was my totally faveret!

8. Boleh g shopping sorang2..no hal punya...

9. Pantang dengan org yang SUKA BERKIRA ngan aku..lagi2 bab makan pakai ni..sbb aku tak berkira ngan org lain.

10. Pantang orang yang suka MUNGKIR JANJI!!! yang ni mmng aku tak tahan..

11. Suka ni kalau  bab hiburan lebih bersifat universal..KOREA, HINDUSTAN, JEPUN, CHINA, THAILAND, MAXICO...semua aku layan..janji best.

12. Aku suka MEMBACA..novel, motovasi, keagamaan, hiburan, dunia, kesihatan..apa saja lah..sbb aku ni jenis suka ambik tau.

13. Tak suka Ngan orng yg DOUBLE STANDART...tentang keturunan, kerjaya, pendidikan atau kelebihan yang dia ada..org mcm ni langsung takdak standart pada mata aku.

14. Perempuan yang tak menghormati perempuan lain..tp bila dengan lelaki pijak semut pun tak mati!

15. Lastly aku suka ka, aku benci ka, aku marah ka, aku meluat ka..aku sorang ja yg tahu isi hati aku. Tak sesekali aku bg tahu org..



Fesyen Aidiladha..

Ni baju baru aku untuk raya haji...ok tak?

                                  minah ni nak jd model lak.. =P

Thursday, November 18, 2010

LAWAK GILER


Tersangat sangat suka....abon mmng best lah hehe~